Pusat Dakwah Islamiah ABIM Negeri Kelantan

  • Maklumat Terkini

    Tuesday 24 January 2017

    Skim Wakaf Penjualan Tanah KMH

    Saham Akhirat; Skim Wakaf Penjualan Tanah KMH

    Assalamualaikuam buat pembaca budiman blog Kompleks Masjid Al Hikmah (KMH) ABIM Negeri Kelantan. 

    Saham akhirat menurut wanwma.com:

    "perlu dikumpul dengan melakukan amal soleh supaya dapat memiliki syurga dan menghindari diri dari api neraka."

    atau kefahaman yang lebih mudah, saham akhirat adalah sumbangan pada kerja-kerja amal dengan tujuan untuk menikmati hasilnya di akhirat kelak, agar kita tergolong dalam orang-orang yang di redhai dan di berkati serta beroleh ehsan dari Nya sehingga membawa kepada ganjaran syurga, inshaaAllah.

    Saham akhirat ini jika dilakukan pahalanya akan diperolehi secara berterusan, selagi mana harta yang disumbangkan digunakan untuk kebaikan & kemudahan secara berterusan.

    Justeru, KMH melancarkan 1 skim wakaf yang bakal di manfaatkan secara berterusan selagi mana di bawah pengurusan berintegrati pihak KMH.

    Skim Wakaf Penjualan Tanah Di Buka Untuk Anda & Keluarga

    Tawaran istimewa untuk anda dan keluarga mendapat keuntungan saham akhirat berterusan, inshaaAllah.

    Skim Wakaf Penjualan Tanah Di Perkarangan KMH

    Melalui skim wakaf penjualan tanah, anda berpeluang untuk melabur pada jualan tanah di perkarangan KMH bagi kegunaan aktiviti keagamaan & program-program ilmiah seperti kuliah jumaat, kelas pengajian al-quran & majlis-majlis ilmu.

    Program-program ini sentiasa dijalankan dan memberi manfaat yang banyak dalam memandaikan dan menambah ilmu masyarakat yang sentiasa memeriahkan setiap majlis yang dianjurkan KMH.

    InshaaAllah, setiap patah ilmu bermanfaat yang diajar dan dimanfaatkan oleh setiap orang akan memberikan rantaian pahala yang berterusan pada pewakaf tanah yang memudahkan program ini berlangsung.

    Sangat besar pulangannya jika anda dan keluarga terlibat dalam skim wakaf penjualan tanah di KMH untuk manfaat di akhirat kelak, inshaaAllah.

    Tawaran Penjualan Tanah di Perkarangan KMH.

    Berikut adalah maklumat ringkas tanah yang terlibat untuk skim wakaf, saham akhirat di KMH.
    • Lokasi Tanah: No PT. 592, H.S.(M) 1852, Mukim Padang Bongor, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan.
    • Tawaran Harga: RM 420,000.00
    Lokasi Skim Wakaf Penjualan Tanah Di Perkarangan KMH
    Bagi membolehkan setiap orang berkelayakan untuk terlibat dalam skim wakaf saham akhirat, pihak KMH telah melaksanakan 1 kaedah yang lebih mudah & mampu untuk semua, iaitu:

    • Sumbangan Saham Akhirat: RM160 / 1 kaki (lot) atau
    • Sumbangan Saham Akhirat: RM80 / (1/3) kaki

    Ini bermaksud, anda dan keluarga boleh memilih untuk membuat sumbangan saham akhirat samada bagi pembelian tanah 1 lot (bersamaan 1 kaki persegi) atau 1/3 kaki persegi, mengikut budget masing-masing.

    Pembelian ini hanya dibuka sehingga jumlah sasaran asal telah cukup. Jadi anda dan keluarga perlu bersegera untuk memastikan anda dan keluarga dapat memiliki skim wakaf mampu milik ini.

    Di bawah adalah beberapa gambar lokasi tanah di perkarangan KMH yang telibat:

    Lokasi Skim Wakaf Penjualan Tanah Di Perkarangan KMH
    Lokasi Skim Wakaf Penjualan Tanah Di Perkarangan KMH

    Miliki Skim Wakaf Ini Segera

    Skim wakaf mampu seperti ini sangat jarang diperolehi peluangnya, dengan ganjaran & pulangan sebagai saham akhiratnya nanti akan berterusan selagi mana ianya di manfaatkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan & ilimiah di bawah pengurusan, penuh integriti pihak KMH.

    Justeru, adalah digalakkan anda dan keluarga bersegera untuk mendapatkan skim wakaf ini.

    Sayang jika skim sebegini terlepas begitu sahaja, terutama bila sumbangan anda hari ini boleh membantu anda di kemudian hari, InshaaAllah.

    Mahukah anda beroleh manfaat dari setiap amal kebajikan yang terlaksana hasil dari wakaf anda hari ini, untuk satu tempoh lama dan berterusan sehingga 100 tahun, 200 tahun atau mungkin lebih lagi?

    Saham akhirat, membantu anda dan keluarga dalam usaha beroleh kerahmatan, keberkatan dan ihsan dari sisi-Nya yang Maha Pengasih.

    Untuk urusan pembelian Skim Wakaf Saham Akhirat, sila hubungi:
    Ustaz Wan Zainuddin: 012 988 2553
    atau, talian hotline pejabat KMH
    Pejabat: 09 773 0026
    Anda juga boleh mengunjungi sendiri KMH untuk mendapatkan maklumat lebih jelas tentang Skim Wakaf Saham Akhirat ini dengan perpandukan peta yang kami sediakan, KLIK DISINI


    No comments:

    Post a Comment

    Entri Terkini

    Entri Utama

    Penginapan Untuk Sewaan di KMH

    Perkhidmataan Sewaan Penginapan di KMH KMH menyediakan perkhidmatan sewaan bilik / penginapan kepada orang ramai di bangunan utama Komplek...