Pusat Dakwah Islamiah ABIM Negeri Kelantan

  • Maklumat Terkini

    Monday 7 November 2016

    Sewaan Bilik Seminar & Bilik Kuliah KMH

    Perkhidmatan Sewaan Bilik Seminar & Kuliah KMH

    KMH menyediakan kemudahan sewaan bilik seminar dan juga bilik kuliah dengan kadar sewaan yang sangat menarik, dengan peralatan-peralatan lengkap dan selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan alat bantu mengajar seperti projektor bagi memudahkan sesi seminar & kuliah.

    Bilik Seminar & Kuliah KMH

    Tempahan sewaan bagi bililk seminar & kuliah sentiasa dibuka bagi pelbagai tujuan, dan kegunaan. Bilik-bilik ini sangat sesuai jika anda mempertimbangkan untuk menjalankan kelas-kelas khas samada untuk pelajar-pelajar sekolah, dan semua lapisan masyarakat. Contohnya kelas pintar matematik, kelas tusyen pelajar UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM, kelas pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, seminar perniagaan dan juga aktiviti-aktiviti kelab & kumpulan.

    Gambar 1: Bilik Seminar & Kuliah KMH

    Gambar 2: Bilik Seminar & Kuliah KMH

    Tempahan Sewaan Bilik Seminar & Kuliah KMH

    Pihak KMH sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan sewaan bilik seminar & kuliah KMH yang memiliki kelengkapan lengkap untuk sebarang aktiviti ilmiah, samada seminar rasmi, seminar perniagaan, ataupun kelas intensif pelajar UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, tidak kira samada pada skala besar atau kecil.

    Jika anda berminat untuk membuat sewaan, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila klik pautan BILIK atau klik di sini.

    No comments:

    Post a Comment

    Entri Terkini

    Entri Utama

    Penginapan Untuk Sewaan di KMH

    Perkhidmataan Sewaan Penginapan di KMH KMH menyediakan perkhidmatan sewaan bilik / penginapan kepada orang ramai di bangunan utama Komplek...