Pusat Dakwah Islamiah ABIM Negeri Kelantan

  • Maklumat Terkini

    Tuesday 15 November 2016

    Percuma! Kelas Tahfiz Sepenuh Masa

    Hanya di KMH, Kelas Tahfiz Sepenuh Masa Percuma!

    Apa yang anda baca adalah betul. Kini KMH menyediakan kelas tahfiz sepenuh masa secara percuma kepada mereka yang memenuhi syarat. Nak sertai kelas tahfiz percuma? Ikuti maklumat penuh berikut.

    Sumber gambar: http://islamiceducation.my

    Kelas Tahfiz Percuma KMH

    Kelas sepenuh masa ini dijalankan secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak KMH. Program penajaan pelajar ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif utama KMH iaitu:
    • Melahirkan generasi Al Quran yang mempunyai ciri-ciri Ulul Albab.
    • Melahirkan tenaga dakwah yang profesional
    • Mewujudkan pengurusan masjid sebagai institusi masyarakat yang penting.

    Kelebihan Menyertai Kelas Tahfiz Percuma KMH

    Dengan mengambil kira setiap faktor dan kesukaran yang bakal dihadapi pelajar, pihak KMH juga mnyediakan prasarana tambahan secara percuma bagi yang layak, iaitu:
    • Kemudahan asrama bagi pengajian sepenuh masa.
    • Makan dan minum disediakan secara percuma.
    • Pengajaran dari guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

    Syarat Kelayakan Kelas Tahfiz Percuma

    Untuk menyertai kelas percuma ini, pelajar yang berminat haruslah menjalani ujian kelayakan yang akan di adakan di bangunan utama KMH, dan keutamaan adalah kepada pelajar-pelajar miskin dari keluarga yang tidak mampu menguruskan pengajian.

    Berikut ialah maklumat tambahan untuk program penajaan pelajar dibawah seliaan KMH:
    • Umur: 9 - 15 tahun sahaja.
    • Jantina: Lelaki sahaja.
    • Tarikh Pengajian: Dibuka sepanjang tahun.
    • Tarikh Pendaftaran: 01 & 03 Disember 2016
    • Cara Pendaftaran: Call atau Walk-in pada waktu pejabat shj.
     Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline KMH:
     

    No comments:

    Post a Comment

    Entri Terkini

    Entri Utama

    Penginapan Untuk Sewaan di KMH

    Perkhidmataan Sewaan Penginapan di KMH KMH menyediakan perkhidmatan sewaan bilik / penginapan kepada orang ramai di bangunan utama Komplek...