Program Sempena Cuti Sekolah 2016 di KMH
Sesi persekolahan 2016 di Malaysia bakal melabuhkan tirainya bermula 26 November 2016 bagi semua tahap persekolahan samada sekolah rendah atau menengah. Para pelajar akan bercuti selama lebih kurang 1 bulan sebelum sesi 2017 bermula.Justeru, sudahkah anda ibu bapa / pelajar mendaftar untuk program khas sempena cuti sekolah ini?
Program Cuti Sekolah KMH 2016 |
Program Khas: Kelas Fardhu Ain & Pembinaan Sahsiah Pelajar
Sukacita dimaklumkan, pihak KMH akan mengadakan satu program khas bersempena cuti sekolah bagi sesi 2016 untuk menambahkan ilmu & memenuhi waktu jadual kosong para pelajar ekoran cuti sekolah ini. Butiran program adalah seperti berikut:- Program: Kelas Fardhu Ain & Pembinaan Sahsiah Pelajar
- Tarikh: 01 - 29 Disember 2016
- Terbuka Kepada: Pelajar sekolah rendah & menengah (Tingkatan 1 - 3 shj)
Intipati Program
Kelas Fardhu Ain
Bagi kelas Fardhu Ain dalam program khas KMH, para pelajar akan mendalami kemahiran Al Quran, disamping amali fardhu ain. Program ini sangat menekankan konsep praktikal agar setiap aktiviti yang dijalankan dapat di fahami & diingati oleh para pelajar.Kelas Pembinaan Sahsiah
Bagi kelas Pembinaan Sahsiah pula, para pelajar akan mengikuti susunan jadual yang komprehensif dalam proses pembinaan akhlak islamiah yang ditekankan dalam agama, disamping disajikan dengan pengajian sirah & kisah para nabi, bertujuan memantapkan lagi persediaan mental untuk menghadapi kehidupan harian yang sangat mencabar.Yuran Penyertaan Program Cuti Sekolah KMH
Jika anda mahu merebut peluang belajar dalam program khas ini, yuran yang sangat berpatutan akan dikenakan sebagi komitmen untuk sama-sama memperoleh manfaat maksimum iaitu:- Yuran: RM150/ sebulan untuk seorang pelajar.
Bagaiman Mendaftar Untuk Program Khas KMH?
Khas untuk anda yang mahu menambahkan lagi ilmu khusus dalam Fadhu Ain & Pembinaan Sahsiah melalui pengajian dalam sistem dan susun atur jadual yang komprehensif, anda boleh menghubungi kami melalui talian hotline di bawah:atau kunjungi Kompleks Masjid Al Hikmah di SINI
No comments:
Post a Comment