Pusat Dakwah Islamiah ABIM Negeri Kelantan

  • Maklumat Terkini

    Sunday 6 November 2016

    Sewaan Dewan Serbaguna KMH

    Perkhidmatan Sewaan Dewan Serbaguna di KMH

    Dewan serbaguna terbahagi kepada dua iaitu Dewan Utama dan Dewan Seminar. Kedua-dua dewan dilengkapi dengan peralatan lengkap seperti kerusi & meja, penghawa dingin, dan ruang yang luas serta selesa.

    Dewan Utama

    Dewan utama mampu memuatkan sejumlah lebih dari 200 peserta pada satu-satu masa. Kemudahan sistem pembesar suara, pentas utama, kerusi VIP, penghawa dingin dan kerusi peserta yang selesa merupakan sebahagian dari perkara yang membuatkan dewan utama KMH sesuai untuk pelbagai majlis rasmi, forum perdana, masjlis penganugerahan khas, majlis taklimat dan majlis seminar perniagaan yang memuatkan jumlah peserta yang ramai.

    Gambar 1: Dewan Utama KMH selesa untuk pelbagai maljis
    Gambar 2: Dewan Utama KMH selesa untuk pelbagai maljis

     Dewan Seminar

    Dewan seminar pula mampua memuatkan lebih dari 80 peserta pada satu-satu masa. Dengan kemudahan penghawa dingin, dewan seminar yang luas dan selesa, mesra penggunaan projektor dan kelengkapan meja serta kerusi yang mencukupi sangat sesuai untuk memberikan lebih keselesaan kepada para peserta. Justeru membolehkan seminar berlangsung dalam keadaan yang cukup selesa.

    Gambar 3: Dewan seminar KMH selesa untuk pelbagai jenis program
    Gambar 4: Dewan seminar KMH selesa untuk pelbagai jenis program

    Tempahan Dewan Utama & Dewan Seminar di KMH

    Pihak KMH sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan sewaan dewan serbaguna KMH yang memiliki kelengkapan lengkap untuk sebarang majlis, samada majlis rasmi, seminar perniagaan, ataupun kelas intensif pelajar UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, tidak kira samada pada skala besar atau kecil.

    Jika anda berminat untuk membuat sewaan, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila klik pautan DEWAN atau klik di sini.

    No comments:

    Post a Comment

    Entri Terkini

    Entri Utama

    Penginapan Untuk Sewaan di KMH

    Perkhidmataan Sewaan Penginapan di KMH KMH menyediakan perkhidmatan sewaan bilik / penginapan kepada orang ramai di bangunan utama Komplek...